UNTUKKU

Jadilah seperti lebah, hinggap pada bunga-bunga yang semerbak dan ranting yang basahApabila engkau meyakini bahawa Allah swt bersamamu, maka siapakah yang engkau takutkan?Jika engkau tidak menyiapkan bekalan dari sekarang, maka esok bukan milikmu.Jauhilah dengan tenang majlis-majlis yang sia-sia, perdebatan yang tak keruan.Jadikan akhlakmu sebagai kebun yang paling indah.Berbuatlah yang maaruf, nescaya engkau menjadi manusia paling bahagia.Tinggalkan perilaku sombong manusia kepada Penciptanya, dan tinggalkan orang hasad kepada kematian, permusuhan dan kealpaan.Kelazatan sesaat pada perbuatan haram mengakibatkan siksaan, penyesalan dan kerugian selama-lamanya.

Tuesday, February 28, 2012

TERIMA KASIH SEBAB SAYANG DIRI INI

Terima kasih kerana sayang diri ini.
Bila kusedari, diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani...
Bila kukeliru, kusebut nama-MU, terasa diriku semain dipandu...
Engkau yang pertama tiada akhirnya,
aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya...^^
Tiada apa yang dapat diriku balas hanya dengan balasan kasih dan sayang juga...juga mencintai.
 Hidup ini sangat bermakna dengan adanya kasih dan sayang, baik sesama manusia, Allah dan juga binatang.
Dengan berkasih sayang, hidup akan terasa sempurna.
Emm diri ini penuh dengan kasih sayang.
alhamdulillah.
Blog ini utk tatapan yang tersayang...buat keluarga, tercinta, tersayang, teristimewa.
Bila hadirnya blog ini, bermaksud tanda diriku pernah hadir di dunia ini. 
Dan tinta di blog ini adalah buat yang teristimewa, tercinta, tersayang.
Semua sekali...family pun termasuk dalam golongan teristimewa, tercinta dan tersayang.
Nanti tinta ini peneman buat semua.
Kalau terasa rindu pada diri ini, sedekahkanlah al-fatehah^^ selain dari membaca blog ni...
salam sayang buat yang tersayang, teristimewa dan tercinta...
sayang kerana Allah swt...
 

Sunday, February 26, 2012

HARI INI

Emm...
hari ni memanjakan diri...Berehat di rumah seharian. Mengemas, mambasuh baju, menyapu...dan macam-macam lagi. Tengok-tengok rumah...canteknya^^. Warna putih...memang cantek.
Bila malam menjelma, terasa tak bermaya...huhu...
Not feeling well. Dah batuk-batuk sikit.
Badan ni kalau tak sihat, teruk. Sakit kepala sikit sebab panas badan.

Kenapa ea letak pic ni? sebab comel. Baiknya suami die.  
Emm...tak sihat, sorang-sorang ni terasa sunyi sangat. Ingat lagi...dulu tak sihat, mak jagakan. Nak air sarsi je. Tapi ni dah kene jaga diri sendiri. 
Harap malam ni dapat tido dengan lena. Mostly pasti terjaga sebab badan panas.
Kepala dah berat.
Badan dah panas. 
Moga sakit ini penghapus dosaku.
Ampuni daku ya Allah.
Mungkin akuu banyak melakukan dosa. Yang aku sedar dan tanpa aku sedar. 
Emmm tak sihat :'(...
Nak nangis...

Wednesday, February 22, 2012

SELAMAT HARI LAHIR ABAH

Selamat hari lahir in ucapkan.
Moga dipanjangkan umur, sakit beredar pergi dan dimurahkan rezeki.Makan kat Restoran Saba (Restoran makanan Arab) sangat menyelerakan. Tapi.....emmm bila nengok abah tadi menahan sakit, teringat ayah kat kampung. emm ayah pun mungkin macam tu. Moga ayah cepat sembuh. Insya'allah, ayah tak pernah mis fisioterapi. Emm...serius, teringat kat ayah. 
Tak tahu nak kata apa, cuma yang dapat in coretkan, mak dan abah dah macam mak ayah in sendiri. Sayang semua dunia akhirat.
Dan In sayang mak ayah, mak abah dan semua kerana Allah swt. 
Jaga diri baik-baik. moga selamat segalanya. Terima kasih utk dinner malam ni.
Salam sayang buat semua...
In coretkan sweet moment ini di dalam diari hati ini.
Moga ia menjadi tatapan buat semua...
Salam sayang

Sunday, February 19, 2012

HINGGA KE AKHRNYA

Nyata aku ada Dia
Puas ku cari di sana
Masih belum terjumpa


Nyata aku ada Dia
Lama ku cari di sini
Mungkin akan berjumpa


Cinta jauh di mata
Bila detik bertemu erti sebuah harapan
Cinta jauh di mata
Hingga takdir menentu pasti akan bertemu


Nyata aku ada Dia
Bertenang mengundang cinta
Bukti aku ada Dia


Di sana di sini ada
Peneman, akrab, jaga, lena, alpa, leka


Cinta jauh di mata
Bila detik bertemu erti sebuah harapan
Cinta jauh di mata
Hingga takdir menentu pasti akan bertemu


Cinta jauh di mata
Kasih sedikit tidak kurang
Dan menghilang


Cinta jauh di mata
Sayang makin bertambah mekar
Hingga akhirnya

Wednesday, February 15, 2012

MAQAM CINTA

Cinta yang ikhlas dan suci hanya lahir dari hati yang suci dan tulus kerana Allah swt.
Sangat bersyukur dengan segala yang dianugerahkan Allah kepadaku. Sometimes rasa tak sangka...Kerana doaku dimakbulkan Allah swt. Dan sekarang ni segalanya berjalan dengan lancar. HAri demi hari, waktu demi waktu, segalanya telah kulalui. Rasa bahagia dan tenang sekali.
Allah sentiasa bersama. Alhamdulillah.
Hidup ni tenang je. Hati ni macam disentuh oleh angin bayu. 
Emm angin sepoi-sepoi bahasa. Emm cantiknya pemandangan di tepi pantai pabila masuknya waktu senja kan?
Bila lah dapat spend time tengok sunset. Mesti cantek sangat.
Dapat tengok sunset dengan tenang , alangkah seronoknya kan?
Emm...
Harapnya hari yang bakal dilalui akan sentiasa tenang dan bahagia. amin...
Inilah janji Allah...Terima kasih ya Allah... 

 

Tuesday, February 14, 2012

SABAR

Lambutkan hati yang keras dengan mengasihani...Beri kasih sayang. 

Alhamdulillah, Allah pinjamkan diriku di bumiNYA lagi.
Pagi tadi sampai office awal, buka tv di pantry, TV 9, Rancangan Adik dan Al-Quran.Ustaz kata,
"kita perlu sabar, kalau kita tak sabar Allah murka,
bila Allah murka, masuk neraka,
daaaaaan...padan muka"
Ketawa terkikik-kikik kat pantry tadi. Tak perasan ade org lain juga kat pantry tuh...Hihi
Kelakar la ustaz Zamri dengan adik-adik tu.
Then, habis je rancangan tu terus gi surau...malas nak masuk office dulu...Saje ambik-ambik angin.
Memang sangat seronok, at least terisi sikit rohani hati ni.
Dalam kete abah mase gi keje tadi pun, dengar ilmu juga...Best2.
Suami kene memahami isteri.
Kalau suami penat bekerja, isteri lagi penat, kalau buat keje rumah, tak pernah berhenti. Jadinya suami ingat die penat, sebenarnya wanita lagi penat banyak keje.
Jadinya jangan pernah mengeluh bila balik rumah selepas bekerja...hihi
Ape-ape pun, perlu saling memahami dan ade kasih mengasihani...
Baru harmoni rumah tangga.
Wallahu'alam.

Monday, February 13, 2012

KASIH SAYANG

Kasih sayang bak bunga di taman...
Harus di jaga dan di bajai...
Pastikan ia subur sentiasa
Agar harumannya dapat dirasai...^^

alhamdulillah
masih bernafas lagi di bumi Allah swt ini.Hidup ini amat indah pabila penuh dengan kasih dan sayang. Bila kasih sayang yang ikhlas, akan lahirlah pengorbanan. Sebab itu terciptanya Taj Mahal utk Mumtaz dari Shah Jehan.Rasa kasih dan sayang mungkin tidak dapat didengar dari luahan, ia boleh diluahkan dari pelbagai perkara.Emm...tapi...
ucapkanlah sayang kita pada insan yang kita sayang sementara dia masih hidup, selagi Allah hadirkan dia masih bernafas..Kerana bila dia tiada nanti, kita takkan berasa terkilan atas ketidak sempatan kita utk meluahkan.Sayu je hati dengar zikir di astro oasis ni. Emm sebak sangat.
Nak nangis je rasa. Airmata ni dah bergenang dah.
Ya Allah...
Terima kasih kerana hadirkan kasih sayang buatku.Kasih yang tak terhitung dek waktu. Yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kerana KAU aku dapat semua ini.
Setiap kekurangan adalah amanah buat kita.
YA allah,
aku memohon rahmat dan belas kasihanMU...
Dari kesempitan sakatul maut...
Ya Allah...Ya Allah...
Aku memohon rahmat dan belas kasihanMU...
Dari seksaan api nerakaMU.
Ambillah nyawaku dalam aku bergelar seorang isteri.
Kerana hanya Engkau sahaja yang mengetahui kenapa aku memilih kematian dalam aku bergelar isteri.
Aku ingin menemani suamiku ke jalan Redha-MU...
Aku inin dipimpin ke jalan redha-MU jua.
Kerana...
perkahwinan kelengkapan kepada imanku...
Allah...
kpdMU terpaut hati...
yang penuhi cinta...

Ya Allah...
Engkaulah yang mentasbihkan di semua tempat.
Yang disembah di setiap zaman...
Yang mawjud di setiap waktu
Yang diseru oleh setiap lidah...
Allah ya tuhanku...

Izinkan aku berjalan beriringan bersama suamiku di rumahMU nanti...
Jazakallah...

Sunday, February 12, 2012

ANDAI INI HARI TERAKHIRKU

Alhamdulillah, malam ni aku masih bernafas di Bumi Allah swt ini.
Allah sangat mengetahui ape yang tersirat di hatiku. Sering aku diuji...sering airmataku gugur...sering hatiku tersentuh...Tetapi aku tahu, diKAU selalu bersamaku...
emm Ya Allah...
andai ini hari terakhirku...izinku aku menyentuh cinta dan kasih-Mu yang amat menenangkan hatiku.
Emm 
dan aku berharap setiap airmataku gugur di bumiMU ini membuahkan senyuman di syurga Firdaus MU.
Maafkan diri ini pada yang banyak tersakiti...
Aku amat bahagia...
Dan juga...
Tak ada apa-apa lah.
Cuma omongan kosong.
Emmm kalau kita banyak menangis di dunia, Allah akan berikan kebahagiaan buat kita di akhirat nt....
Itu kataku pada diriku...
Dalam hati...aku bahagia...Insya'allah dunia akhirat...
Maafkan diriku

Saturday, February 11, 2012

MALAM SUNYI PENUH DOA

"Sebut namaMU terukir merdu,
terlukis dalam sajadah cinta,
Tetapkan pilihan sebagai teman,
Kekal abadi hingga akhir zaman"


Emm sunyi nya pagi ni...Semua masih tidur lagi kah?Emm aku dah bersiap utk meneruskan ibadah (kerja) hari ni.Alhamdlillah, masih diberi nikmat bernafas di Bumi-Mu ya Allah. 
Masa utk fokus. Hati ini perlu sentiasa di isi. Terima kasih atas warkah dari-MU ya ILAHI. Terisi hariku dengan surat-surat sayang dai-MU.Tenang je hati ni.
Harap hari yang di lalui dan aan dilalui ini sentiasa di dalam redha Allah swt dan sentiasa dipelihara Allah.
Aku cuba ingin menjadi wanita yang dicemburui bidadari syurga. 
Namun aku juga sedar, aku hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.
Moga kesilapanku itu adalah cubitan dari Sang Pencipta utk menambah keimananku.Insya'Allah.
Kebahagiaan kita yang cipta.
Betul!
Kerana perancangan Allah itu amat halus.
Oleh itu, tiada ape yang tak boleh kita tak suka.
Kerana di situ Allah selitkan sesuatu yang baik di situ.
Salam sayang buat yang tersayang.
Wallahu'alam

Friday, February 10, 2012

WAHAI HATI

Wahai hatiku yang comel dan kecit...hihi^^
Cuit sikit...Hehe...Duk mengelamun je, meh sini teman coret something kat sini.Emm rasa bersyukur pada Allah swt kerana mengurniakan nikmat kebahagiaan dan anugerah yang sangat bernilai.Memang benar, jika tiada ujian, tiadalah kemanisan. Emmm tiba-tiba teringat something.
Emm keringnya hati ni dulu..ikiki^^
Semua tu perancangan Allah. Setiap kekurangan aadalah amanah Allah swt buat kita.
Alhamdulillah, segala anugerah datang tanpa disangka-sangka...Macam tak percaya atau bermimpi.
Hei Nurul Ain! 
Percayalah, ini adalah anugerah dari Allah buat kamu...
Asyik nak duk mengelamun je.hihi...
alhamdulillah segalanya.
Allah takdirkan sesuatu yang tak terduga. Kalau kita serius je, Allah takdirkan kita seorang teman yang suke buat kelakar...Macam tu ah lebih kurang..hihi
Pagi tadi dalam train, tengok  langit...ccanteknyeeeee...Hari Jumaat memang kecantikannya lain sikit.Sangat cantik dan indah.
Malam ni pun sunyi je.
Suka sangat baca buku Di Mana DIA di Hatiku.
Penemanku. Menjadi kan aku seorang yang positif. 
Hati ni perlu sentiasa dibelai dan disentuh. Kerana kadang-kala teralpa jua.
Iman bertambah dan berkurang.
Ya Allah, Kau ampunilah segala dosaku yang samada aku perasan atau pun tidak...
Aku bersyukur padaMU ya ILAHI...
Hati ini akan sentiasa berbunga...dan blink-blink...hihi
Insya'Allah.

Thursday, February 9, 2012

NANTI SIAPA NAK TOLONG UPDATE?

Alhamdulillah, maasih dpt meneruskan perjalanan di Bumi Allah swt ini.
Risau sangat demam yang teruk. Kalau org yang susah nak sakit, kalau dah sekali sakit memang sangat teruk. Terfikir-fikir di malam jumaat ini. Siapakah yang akan sambungkan blog ku ini pabila aku sudah tiada lagi?
Ada yang sudi, tapi buat masa ini password blog ni tiada siapa pun yang tahu lagi...
But, there is someone yang aku sangat percayai. Dan dia juga menyatakan yang dia akan sambung menulis utk ku.
Terima kasih ea...^^. 
Dan die juga suka sangat baca blog ni. Kalau dah lame tak update, akan ditanye, 
"kenapa tak update blog?"
Sometimes tak sempat, tapi bila diberi kesempatan, memang akan kutulis.
Tulisan dengan diriku takkan boleh dipisahkan.
Even ade blog ni, dairi comel pun ade sebagai kawan baik, peneman luahan hati.
Ade juga dairiku disimpan oleh org lain...Suka baca katanya...Ye ke tidak?hihi
jangan marah.
Nanti tolong update kan blog ni ea. Pasti ada cerita menarik nanti dari mu.
Terima kasyi^^...
Jari jemari dah letih, demam tak baik-baik.
Dah berapa hari dah.
Syafakillah buat diriku.
Salam sayang buat yang tersayang.
Selamat malam.
Beta nak beradu dulu.
Hening je malam ni...
Salam'alaik

Tuesday, February 7, 2012

HUJAN RAHMAT DI HARI BERSEJARAH

Alhamdulillah...
Sangat bersyukur dengan cubitan Allah swt...
Teringat di hari pertunanganku, hujan rahmat turun ketika doa diaminkan dan pada saat cincin disarung.
Dan aku sedar, segala yang terjadi ada hikmahnya.
Terima kasih semua.
Memori ini akan kekal buat selamanya...
Terima kasih pada 2 Rejab 1432H


Moga ikatan ini akan kekal selamanya....
Moga kita menjadi pasangan yang soleh dan solehah...
Isteri dan suami yang mitahli...
Allah sentiasa bersama kita...
Maafkan pada yang terluka...

Salam sayang...Moga redha Allah sentiasa buat kita...amin^^



SEMAKIN INDAH

Kebahagiaan itu bukan hanya di hujung jalan
tapi di sepanjang jalan
berbahagialah  ketika memulakan langkah pertama

Semoga Allah menilai tulisan ini sebagai satu sumbangan kecil ke arah menguatkan jiwamu utk menghadapi tempoh ujian-NYA.Dengan menulis, aku berasa lebih dekat dan tepat, kerana ada kalanya kata-kata tidak membayangkan rasa hati yang sebenar. Biarlah aku menulis sependek mungkin agar masa dapat ditumpukan kepada jalan-jalan lain utk meguatkan jiwa. Lagipun kata-kata yang tepat itu selalunya singkat.

Wahai jiwa, setiap musibah mestilah dirasakan sebagai didikan ALLAH. Tetapi jika kita keluh kesah, ia bertukar menjadi bala. Jika sabar, ia menjadi pahala. Katakan, saat diuji beginilah kita mendapat peluang utk mengamalkan apa yang selalu kita dengar dalam tarbiah dan kuliah. Cuma amalan ini tidak nampak kerana ia lebih menusuk rasa hati. Dalam menghadapi ujian yang ada kaitannya dengan manusia, ALLAH mestilah dirasakan sebagai pengarah kpd semua perbuatan manusia. Kita selamanya tidak akan berpuas hati, rasa hina, rasa tertekan dan marah selagi merasai manusia sebagai punca  segala-galanya.

Bila kita rasa ALLAH yang menentukan, mencatur perbuatan manusia, menentukan rasa hati manusia dan DIA di belakang setiap peristiwa, maka ketika itulah hati kita kan tenang kerana yakin; Cubitan daripada Kekasih Yang Maha Penyayang selamanya akan lebih baik daripada belaian seorang musuh.

Memang segala yang berlaku peribadimu agak 'jatuh' di sisi manusia. Tapi belum tentu jatuh di sisi ALLAH. Jatuh peribadimu disisi manusia dapat 'menaikkan' khambaanmu di sisi ALLAH. Rasa kurang, rasa hina, dan rasa lemah bukan mudah utk dicapai.

Berzikir berpuluh-puluh ribu kali sekalipun kadangkala tidak mampu membentuk sifat kehambaan. Nah! sekarang ia datang dengan peristiwa. Memanglah agak pahit tapi rasakanlah, kerana itu adalah ubat. Lebih baik dosa yang menimbulkan rasa sedih drpd taat yang menimbulkan rasa takbur.

Musibah itu bukanlah pengakhiran kpd jalan mujahadah. Jalan mjahadah masih panjang, peluang utk menebuskan kesilapan terbuka luas. Malah aku yakin, kau akan lebih gigih lagi selepas ini. Jangan risau kerana masih ada org yang sayang. mereka yang suka mendidik bukan menghukummu.

Jalan mujahadah memang payah. Ini jalan warisan para Rasul dan para sahabat. Penawar jatuh bangun di jalan mujahadah ini ialah pesanan Rasulullah: "orang yang bertaubat dosanya seolah-olah tidak berdosa." Dan mereka yang menjadikan ALLAH sebagai TUHAN-nya, selagi itulah mereka menghayati firman ALLAH ini.

"ALLAH cinta kepada org2 yang bertaubat"

Resapkanlah surat ini dalam hatimu. Ketika menulisnya aku bukan hanya berpandukan kepada akal atau ilmu semata-mata tetapi ia juga berdasarkan pengalaman. Bila ada ujian berat, di situ ada kemenangan yang indah. Percayalah...kerana susah payah memburu kebahgiaan itulah yang akan membesarkan dan memeriahkan lagi kebahagiaan yang akan dicapai nanti. Semakin payah, semakin indah. 

Akhirnya semua isi surat ini kutulis atas anggapan engkau bersalah. Aku paparkan betapa cerahnya masa depan dan maghfirah ALLAH kepada org yang bersalah. Aku tidak dapat bayangkan, betapa pula jika kau tidak bersalah...tentu leih cerah lagi.

Sukar utk menggambarkan simpatiku padamu tetapi cukuplah kukatakan begini," Masih ada manusia yang yakin bahawa kau tidak bersalah dan salah seorang daripadanya ialah aku."

Sahabat, percayalahkebenaran itu sangat tinggi nilainya. Dan sangat mahal pula maharnya.

~Terima kasih uztaz Pahrol....
Surat ini menjadi penguat hidupku... Salam sayang buat tunangku...
Sayang kerana ALLAH swt...wallahu'alam

Terima kasih atas hadiah ini di hari lahirku...
Moga kamu beroleh pahala setiap kali bait patah kubaca...insya'allah...

SAAT LAFAZ SAKINAH

Sedih dengar lagu ni...
Emmm bila dengar, mesti termenangis...


SAAT LAFAZ SAKINAH

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Monday, February 6, 2012

TUHAN SENTUH AKU

TUHAN
dalam letih aku merintih
kelemahan dan kelalaianku
alpa dan dosaku
aku lemah tak berdaya

TUHAN
dalam suka dan duka 
tangis dan tawa
melimpah rahmat dan nikmat-MU
aku syukur dan akur
lupa aku mengenang-MU
dalam sibuk dunia yang gawat
KAU lupa kuingat

TUHAN
ampunilah hatiku yang pilu
tak endah bila menadah
akan kebesaran-MU
ingatkan daku
agar mengngat-MU

TUHAN
bicara-MU tanpa suara
belaian-MU hanya rasa
KAU terlalu dekat 
tanpa suara
namun cinta-MU ketara jua